FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Wed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Mon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Sat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Mon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Mon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Mon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Fri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Thu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Thu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery



    Cara Yang Betul Baca Surah Yaasin

    Share

    curve

    Posts : 28
    Points : 8274
    Join date : 16/06/2009
    Age : 25
    Location : putrajaya

    Cara Yang Betul Baca Surah Yaasin

    Post by curve on Thu Nov 26, 2009 11:49 pm

    Telah menjadi kebiasaan orang Melayu Islam di Malaysia, kita akan
    mengelilingi orang yang tengah sakit tenat dan nazak dengan masing2
    membaca surah Yaasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (ada yang baca dengan tartil, tetapi ada juga yang baca dengan laju macam nak lumba F1).


    Perbuatan sebegini sebenarnya mungkin akan menjadikan orang yang
    tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum
    datangnya kematian, kita akan ‘disibukkan’ dengan segala macam gambaran
    perbuatan kita di dunia).
    Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

    • Lantik seorang yang bacaan al-quran nya paling baik (dari segi tajwid dan fasohah) untuk membaca surah Yaasin- yang lain2 bolehlah bersama2 buat semakan bacaan.


    • Sebaik2nya orang yang dilantik itu adalah ANAK ataupun SAUDARA TERDEKAT yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang sedang tenat/nazak.


    • Merenung wajah orang tengah nazak tersebut sebelum surah Yasin
      dibacakan. Ini adalah untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an
      berkat daripada surah yang dibaca itu, boleh membantu memudahkan
      pencabutan nyawa si pesakit tersebut.


    • Membaca 3 hingga 4 ayat Surah Yaasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk mengucap “Laa ila ha illallah”.


    • Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 ayat, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi.


    • Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.



    Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam
    ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi saat2 getir
    sakaratul maut.
    Dan semoga kita mendapatsegala rahmat serta hidayah NYA dalam
    membuat amal kebajikan dengan cara yang betul dan bukannya semata2
    melalui ikut-ikutan/adat.
    Amiinnn…
    Panjang2kanlah artikel ini pada rakan2 dan sanak saudara utk kebaikan kita bersama.
    Wassalam.


      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 3:46 am