FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
kerana selembar bulu mata EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
kerana selembar bulu mata EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
kerana selembar bulu mata EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
kerana selembar bulu mata EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
kerana selembar bulu mata EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
kerana selembar bulu mata EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
kerana selembar bulu mata EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
kerana selembar bulu mata EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
kerana selembar bulu mata EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


kerana selembar bulu mata Empty

    kerana selembar bulu mata

    avatar
    curve


    Posts : 28
    Points : 16254
    Join date : 16/06/2009
    Age : 33
    Location : putrajaya

    kerana selembar bulu mata Empty kerana selembar bulu mata

    Post by curve Mon Nov 30, 2009 11:39 pm

    kerana selembar bulu mata 2917562366_9f2722e9ed_o



    Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
    diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk
    berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

    "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

    "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.

    Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi
    anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di
    situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

    "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

    "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

    Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."

    Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "

    Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

    Bibir mengaku, "Saya yang merayu."

    Lidah menambah, "Saya yang mengisap."

    Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

    Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

    "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

    Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan
    amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam.
    Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala
    ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg
    amat lembut dari selembar bulu matanya:

    "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

    "Silakan", kata malaikat.

    "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg
    lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang
    menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah
    berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun
    selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah
    diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu
    matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat
    sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

    Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan
    dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung
    kepada para penghuni syurga:

    "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."

    kerana selembar bulu mata Emeralda60

      Current date/time is Tue Mar 19, 2024 3:49 pm