FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti Empty

    Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 26
    Points : 16262
    Join date : 09/06/2009

    Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti Empty Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti

    Post by Admin Fri Jun 12, 2009 10:06 pm

    Pemuda Umno mencadangkan supaya pelajar diwajibkan lulus ujian bahasa Inggeris MUET sebagai syarat memasuki universiti tempatan.

    "Ia bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah dan universiti," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

    Ketika ini, katanya, 70 peratus pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus ujian bahasa Inggeris dan 30 peratus lagi gagal dalam subjek itu.

    "Mereka yang gagal itu kerana lemah dalam kefahaman bahasa Inggeris," katanya.

    Pada masa ini, para mahasiswa hanya diwajibkan lulus MUET semasa pengajian untuk layak mendapatkan ijazah.

    Mengenai pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Khairy berkata, Pemuda Umno akan mendapatkan hasil kajian dari kementerian pelajaran mengenainya.

    Katanya, Pemuda Umno perlu menlihat kajian yang lebih saintifik sama ada dari kumpulan yang menyokong atau menentang PPSMI.

    Perlu kajian berkecuali

    "Kita perlukan kajian yang berkecuali, kajian yang menyokong dan menentang dasar itu mungkin prejudis.

    "Kelemahan PPSMI ialah guru-gurunya tidak dapat menyampaikan maklumat dalam bahasa Inggeris kepada pelajarnya di kawasan tertentu, kawasan luar bandar umpamanya," katanya.

    Mengenai cadangan mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM, Khairy berkata, walaupun bersetuju tetapi Pemuda Umno tidak mahu ia dibuat secara terburu-buru.

    Khairy berkata, kementerian pelajaran mesti menyediakan cukup guru bahasa Inggeris untuk mengajar subjek tersebut.

    "Kita perlukan tenaga pengajar yang cukup dan terlatih dan kalau tidak cukup, boleh mengambil guru dari Australia dan England.

    "Boleh juga mengambil guru bahasa Inggeris yang sudah bersara untuk mengajar subjek tersebut," katanya selepas mesyuarat exco pergerakan itu di ibunegara hari ini.

    Khairy juga berkata, kementerian pelajaran perlu mencari kaedah untuk mempertingkatkan pendedahan kepada subjek bahasa Inggeris.

    Kaedah itu, katanya, termasuk jam pertuturan yang lebih banyak dan lebih menyeluruh lagi. ~Malaysiakini.com

      Current date/time is Tue Mar 19, 2024 12:27 pm