FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Wed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Mon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Sat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Mon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Mon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Mon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Fri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Thu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Thu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery



    ku cba mncntai mu namun......

    Share

    sImpLe BoyZb.9

    Posts : 11
    Points : 8233
    Join date : 13/06/2009
    Age : 23
    Location : sErmbUn

    ku cba mncntai mu namun......

    Post by sImpLe BoyZb.9 on Sat Jun 13, 2009 8:18 pm

    aku cuba mencintaiMU Tuhan
    tapi tidak juga terasa
    aku cuba berkali-kali pun
    namun aku belum juga jatuh hati denganMU
    aku susah hati aku sedih selalu
    mengapa terjadi begini
    mengapa cintaku padaMU
    belum berbunga lagi
    sedangkan aku tahu aku akui
    nikmatMU terlalu banyak padaku
    kalau hendak dihitung
    tidak mungkin dihitung..
    aku iri hati selalu
    cerita dan berita
    orang soleh zaman dahulu
    hebatnya cinta mereka padaMU
    hilang selera makan keranaMU
    asyik memuja dan memujiMU
    mensucikan dan membesarkan MU
    terutama diwaktu malam yang sepi diwaktu orang mimpi mereka memujaMU..merintih padaMU
    mengharapkan kasih sayang padaMU
    air mata mereka membasahi pipi
    adakalanya menitis kebumi
    mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
    Engkau adalah hidup mati mereka
    Engkau adalah dibibir mereka
    Engkau adalah hati jantung mereka
    tapi aku tidak begitu
    ANGKUH KERAS hatiku
    hingga kini aku belum mencintai kekasih agungmu
    baru aku sedar..
    cinta padaMU adalah anugerah
    dan hidayahMU
    bertuahlah dan berbahagialah
    orang yang Engkau anugerahkan kecintaan padaMU
    aku bilakah lagi Tuhan….
    dapat sedikit pun jadilah…
    wahai TUHAN al-Hannan wal Mannan…

      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 3:48 am