FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Wed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Mon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Sat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Mon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Mon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Mon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Fri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Thu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Thu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery



    Luasnya Neraka

    Share

    curve

    Posts : 28
    Points : 8274
    Join date : 16/06/2009
    Age : 25
    Location : putrajaya

    Luasnya Neraka

    Post by curve on Tue Jun 16, 2009 12:23 pm

    YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua
    ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami
    &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

    Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
    Ampunilah
    dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan
    amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

    .: Luasnya Neraka :.

    Yazid
    Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi
    saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya,
    maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

    Jawabnya:
    "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
    dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg
    mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar,
    dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman
    dari padanya."

    Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

    Jawabnya:
    "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu
    tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih,
    kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah
    padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak,
    andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat
    membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus
    engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di
    antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan
    basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu
    pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas
    bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg
    mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa,
    nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat
    panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan
    minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi.
    Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang
    tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

    Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"

    Jawabnya:
    "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari
    pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas
    dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah
    lebih panas)

    Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

    Jawab
    Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang
    ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta
    keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
    Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
    Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
    Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
    Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
    Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

    Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

    Jawabnya:
    "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati
    belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika
    mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w.
    di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

    nabi saw
    bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
    apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?"
    Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

    Kemudian
    nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk
    ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian
    kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu
    menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg
    Lalai")

    Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh
    melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya
    terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

    1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
    2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
    3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
    4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
    5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
    6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
    7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
    8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
    9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
    10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
    11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

    Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

    Al-Quran
    Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan
    apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk
    hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci,
    mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 3:51 am