FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF Empty

    Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF

    avatar
    kembara09


    Posts : 12
    Points : 16244
    Join date : 12/06/2009
    Age : 37
    Location : Kuala Pilah

    Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF Empty Filipina sedia sambung rundingan dengan MILF

    Post by kembara09 Sat Jun 13, 2009 11:26 am

    KORONADAL, Filipina 12 Jun - Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo hari ini menyuarakan kesediaan kerajaan beliau untuk menyambung semula rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), sekalipun pertempuran meletus semula di selatan Filipina baru-baru ini.
    Ketika berucap pada satu majlis sempena hari ulang tahun ke-111 perisytiharan kemerdekaan Filipina daripada penjajahan Sepanyol, Arroyo berkata, kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk menyambung semula rundingan yang tergendala pada Ogos lalu selepas beberapa komander MILF menyerang penduduk Kristian.
    "Kita menantikan nasihat daripada fasilitator pihak ketiga kita, iaitu kerajaan Malaysia, mengenai tarikh untuk menyambung semula rundingan damai," kata Arroyo.
    Beliau berkata, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi 'jaminan mengenai sokongan negara beliau terhadap proses damai' dengan MILF.
    Menurut Arroyo, seorang perunding kerajaan kini melakukan perbincangan di sebalik tabir dengan puak pemisah itu berhubung agenda rundingan damai.
    Bagaimanapun, ketua perunding MILF, Mohagher Iqbal menafikan adanya hubungan langsung antara kedua-dua pihak.
    "Tidak ada rundingan langsung di sebalik tabir. Tidak ada juga maklum balas daripada Malaysia berhubung rundingan.
    "Saya tidak pasti sama ada rundingan akan disambung semula di bawah pentadbiran Arroyo kerana situasi di selatan Filipina kini bergolak. Apa sahaja boleh berlaku," kata Mohagher.
    Rundingan antara kedua-dua pihak bermula ekoran gencatan senjata pada 2003, tetapi digantung pada Ogos lalu selepas Mahkamah Agung menyekat perjanjian yang akan membolehkan MILF menguasai satu kawasan yang luas di selatan negara ini.
    Sejak beberapa minggu lalu, pertempuran meletus semula di Pulau Mindanao, dengan tiga kem MILF ditawan oleh tentera kerajaan dan sekurang-kurangnya 30 anggota pemisah itu terbunuh. - AFP

      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 6:23 am