FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Mana Dia Muslimah Terakhir? EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Mana Dia Muslimah Terakhir? EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Mana Dia Muslimah Terakhir? EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Mana Dia Muslimah Terakhir? EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Mana Dia Muslimah Terakhir? EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Mana Dia Muslimah Terakhir? EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Mana Dia Muslimah Terakhir? EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Mana Dia Muslimah Terakhir? EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Mana Dia Muslimah Terakhir? EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Mana Dia Muslimah Terakhir? Empty

    Mana Dia Muslimah Terakhir?

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 26
    Points : 16292
    Join date : 09/06/2009

    Mana Dia Muslimah Terakhir? Empty Mana Dia Muslimah Terakhir?

    Post by Admin Wed Jun 10, 2009 10:40 pm

    Memang sedari dahulu, sejak daku mengenal erti Islam antara tempat yang seringku kunjungi untuk memuhasabah dan memotivasikan diri untuk terus memainkan peranan di dalam dakwah adalah 'shoping complex' dan yang paling lazim untuk diriku di Negeri sembilan ini adalah Terminal 1 Seremban.

    Bukan sekadar 'window shopping' tetapi sebenarnya dalam masa yang sama sering melihat gelagat manusia khususnya para remaja muslim yang semakin hilang identitinya. Kekadang dalam 60 minit berlegar-legar di dalam T1 untuk melihat kelibat 'wanita muslimah' yang benar-benar menepati tuntutan berpakaian menurut syara' adalah sesuatu yang agak mustahil. Dan terbaru ini, langsung tidak kelihatan! (mungkin mereka memilih untuk tidak mengunjungi T1-Alhamdulillah)

    Melihat realiti yang terpampang dihadapan mata, mengingatkan kembali daku mukaddimah satu artikel yang pernah diterbitkan ogos 2006 yang menukilkan "´Pakaian Remaja´, jika kita dengar atau baca perkataan tersebut, secara automatik kita akan terbayang cara berpakaian remaja kita sekarang terutama pakaian remaja perempuan. Jenis pakaian yang paling awal tergambar dalam fikiran kita adalah pakaian mereka yang seksi, ketat, terlondeh di sana sini, dan terdedah di sini sana."

    Memang benar ! Itulah realiti yang telah berlaku dan sedang merasuk remaja muslimah hari ini. Memang ramai wanita/remaja muslimah yang bertudung namun hakikatnya pemakaian tudung ini hanya semata-mata menutup 'rambut' semata. Tak kiralah baik yang muda atau tua. Sama sahaja. Terlalu banyak realiti yang dapatku indera sepanjang berlegar-legar. Bukan untuk mengatakan diriku yang terbaik tetapi jauh di sudut hatiku terlalu sedih dan kecewa kerana muslimahku sudah jauh menyimpang dari syariat Ilahi.

    Dua persoalan yang muncul dalam benak pemikiranku.... 1) Bagaimanakah nasib anak-anak remajaku kelak yang kini sedang membesar 2) Apakah bentuk keluarga yang bakal terbina andainya remaja muslimah ini yang dijadikan pilihan suri hidup bagi sang lelaki.?

    Salam dariku dari Taman Tasik Seremban 3.15 petang 7hb Jun 2009

      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 3:43 pm