FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat Empty

    Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat

    avatar
    curve


    Posts : 28
    Points : 16281
    Join date : 16/06/2009
    Age : 33
    Location : putrajaya

    Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat Empty Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat

    Post by curve Tue Jun 16, 2009 12:35 pm

    Dari
    Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap
    Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum
    seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang
    terpuji, apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan
    kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala";
    Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w.
    pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala";
    akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak
    menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata
    dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."

    ( Abu Daud dan An-Nasa'i)

    Hadis ini menerangkan bahawa:

    Sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah.
    Huraiannya:

    Sesuatu
    amal yang dikerjakan, walau seberapa besar dan tinggi nilainya pada
    anggapan manusia, belum tentu ada nilainya di sisi Allah untuk mendapat
    balasan pahala pada hari akhirat kelak.

    Dalam hadis ini,
    Rasulullah s.a.w. menyatakan hukum perkara itu kepada orang yang
    bertanya mengenai seseorang yang berjuang di medan perang dengan tujuan
    untuk mendapat pahala dan nama yang terpuji sebagai pahlawan yang gagah
    berani; Baginda menyatakan bahawa orang itu tidak beroleh sebarang
    pahala. Baginda menegaskan jawapannya itu sebanyak tiga kali, sambil
    menerangkan sebabnya amal itu yang pada zahirnya dipandang tinggi
    nilainya tetapi pada hakikatnya tidak mendapat sebarang pahala kerana
    ia dikerjakan bukan kerana Allah semata-mata, sedang Allah Subhanahu wa
    Taala tidak menerima melainkan amal bakti yang dikerjakan dengan ikhlas
    kepadaNya.

      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 4:14 pm