FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Wed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Mon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Sat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Mon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Mon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Mon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Fri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Thu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Thu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery



    Kebahagiaan Itu Mudah Di Raih

    Share

    curve

    Posts : 28
    Points : 8283
    Join date : 16/06/2009
    Age : 25
    Location : putrajaya

    Kebahagiaan Itu Mudah Di Raih

    Post by curve on Sun Jun 21, 2009 11:17 pm

    Di antara nikmat terbesar adalah kegembiraan, ketenteraman dan
    ketenangan hati. Ini adalah kerana, di dalam kegembiraan hati itu
    terdapat keteguhan fikir, produktiviti yang bagus, dan keriangan jiwa.
    Ramai orang mengatakan: “Kegembiraan merupakan seni yang dapat
    dipelajari.” Barangsiapa yang mengetahui cara menghasilkannya, tentu
    akan merasa mudah meraihnya dan dapat memanfaatkan pelbagai kenikmatan
    dan kemudahan hidup, serta mampu menjadikan apa yang berada
    disekitarnya sebagai sarana dalam mencapai kebahagiaan hidup. Adapun
    perkara utama untuk meraih kebahagiaan adalah dengan meningkatkan daya
    ketahanan jiwa raga, tidak mudah goyah oleh goncangan-goncangan, tidak
    gentar dengan berbagai peristiwa yang menerpa, dan tidak sibuk
    memikirkan perkara-perkara yang kecil dan remeh. Begitulah, semakin
    kuat dan jernih hati seseorang, maka akan semakin bersinar pula jiwanya.
    Hati yang sentiasa diliputi kekhuatiran; lemah tekadnya, rendah
    semangat, dan sering berada di dalam kegelisahan, akan selalu diliputi
    dengan kecemasan kedukaan dan kesedihan. Oleh sebab itu, barangsiapa
    membiasakan jiwanya bersikap dengan kesabaran dan tahan terhadap segala
    perkara yang mencemaskan, nescaya setiap goncangan dan tekanan akan
    terasa ringan.

      Current date/time is Sat Dec 10, 2016 1:18 am