FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA? EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA? EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA? EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA? EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA? EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA? EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA? EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA? EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA? EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA? Empty

    PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA?

    avatar
    curve


    Posts : 28
    Points : 16281
    Join date : 16/06/2009
    Age : 33
    Location : putrajaya

    PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA? Empty PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA?

    Post by curve Sun Jun 21, 2009 11:37 pm

    Assalammualikum……

    Sebelum saya
    membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil
    kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab "penderitaan
    mengundang bahagia".

    Untuk menilai cinta kita itu benar-benar
    kerana Allah swt, saya terpaksa mengambil dua email ini sebagai
    perbandingan. Bukanlah niat saya hendak memalukan atau membuka aib
    kedua-dua orang yang mengirim email tersebut, tetapi sebagai panduan
    memudahkan lagi pemahaman. Email tersebut pembaca boleh baca di akhir
    bicara bab pada siapa patut letaknya cinta?

    Jatuh yang tidak
    ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak
    macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta.
    Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan
    dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak
    kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.
    Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga
    dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

    Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh
    disukat-sukat.
    hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya.
    Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

    Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati
    kotor,
    sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji
    seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain
    sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu
    nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang
    dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta,
    ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

    Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang
    mendedahkan
    kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung
    lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi
    keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh
    cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain
    keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan
    harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki
    tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk
    kesenangan nafsu semata-mata.

    Bila bertaut dua cinta yang
    dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka
    berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat,
    telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam
    keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan
    melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa
    berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada
    Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut.
    Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk
    membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

    Hatta
    yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta
    pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan
    kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang
    perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis
    manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak
    ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami
    disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami
    melayang.

    Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya
    hanya
    selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang
    muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun
    bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya
    sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka
    kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

    Cinta
    nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap
    akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih
    muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila
    isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan
    gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka
    cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus
    hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang
    perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

    Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami
    boleh
    membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih
    dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk
    penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta
    pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang
    rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi
    melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci.
    Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka,
    kata-mengata,
    ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang
    hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk
    ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu,
    cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang
    menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

    Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

    Sebaliknya
    cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar,
    suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut
    pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk
    dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal
    jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada
    Allah.

    Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan
    dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru,
    suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin,
    antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan
    Tuhannya.

    Kalau
    berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali
    perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau
    melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta
    mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu
    ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru
    kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang
    dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu
    senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

    Cinta
    yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang
    bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan
    mendapat perlindungan 'arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di
    amana masing-masing orang mengharap sangat
    lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
    kepala.

    Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan
    letak
    seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa
    jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami
    marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi,
    cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya
    penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya
    dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin
    putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap
    memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

    Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri
    itu
    muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah,
    isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah
    isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami
    paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang
    paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari
    isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah
    kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw
    akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda
    pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu
    selimut dengan isteri-isteri yang lain.

    Sumber cinta yang
    datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama.
    Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk
    maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta
    suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah
    dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka
    kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan
    perintah-Nya walaupun suami tidak suka
    ataupun terpaksa kehilangan
    suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah.
    Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah
    hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang
    dari nafsu.

    Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang
    cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang
    besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta
    yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

    Sejarah
    menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha
    dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia
    sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf
    menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf
    hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

    Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha
    menyebabkan
    dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang
    hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya
    habis
    dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas
    kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf
    mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan
    kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha
    mengenal Allah, datanglah cintanya pada
    Allah sehingga masanya
    dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir
    wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang
    berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu
    Zulaikha
    menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf
    lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha
    pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

    Begitulah betapa
    cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal
    dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi.
    Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga
    yang dipenuhi dengan kenikmatan.

    Cinta pada Allah akan lahir
    bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab.
    kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan
    sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut
    dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut
    dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu
    datangnya dari Allah.

    Ibu
    bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan
    mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan,
    kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan
    belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan
    makhluknya yang
    lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik
    balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

    Allah
    yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita
    berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi.
    Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap
    diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita
    terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

    "Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung."

    Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan,
    menghidupkan
    dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang
    dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah
    biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa
    untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi.
    Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

    Oleh
    itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah
    kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah.
    Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah
    sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan
    untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu
    mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, "Wahai Tuhan,
    aku
    mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu,
    ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu."

    Itulah
    rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya
    dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu
    hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat
    lagi untuk cinta selain dari itu.

    Ada orang mangatakan: "jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan
    merobek-robekkannya.
    tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya
    dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan
    Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat."

    Jadi
    seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar
    pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di
    samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di
    dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang
    patut kita letakkan.

      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 5:39 am