FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Wed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Mon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Sat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Mon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Mon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Mon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Fri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Thu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Thu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery



    11 jenis manusia didoa malaikat

    Share

    curve

    Posts : 28
    Points : 8274
    Join date : 16/06/2009
    Age : 25
    Location : putrajaya

    11 jenis manusia didoa malaikat

    Post by curve on Sun Jun 21, 2009 11:43 pm

    PERCAYA kepada
    malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa
    kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat
    mendapat keistimewaan.

    Dalam hidup, kita sangat memerlukan
    bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan
    sokongan malaikat sangat diperlukan.

    Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
    Ketika
    kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja
    kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

    Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

    1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
    Rasulullah
    s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,
    malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun
    hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana
    tidur dalam keadaan suci."

    2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
    Rasulullah
    s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang
    duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali
    kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah
    sayangilah ia.'"

    3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
    Rasulullah
    s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan
    malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

    4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
    Rasulullah
    s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat
    selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

    5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
    Rasulullah
    s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir
    al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana
    sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan
    diampuni dosanya yang lalu."

    6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
    Rasulullah
    s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat
    kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana
    ia melakukan solat."

    7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
    Rasulullah
    s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat
    Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah
    bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada
    siang hari tetap tinggal.

    "Kemudian mereka berkumpul lagi pada
    waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga
    solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada
    malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana
    kalian meninggalkan hamba-Ku?"

    Mereka menjawab: 'Kami datang
    sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka
    sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari
    kiamat.'"

    8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
    Rasulullah
    s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang
    dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan
    dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil
    baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah
    kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa
    yang ia dapatkan.'"

    9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
    Rasulullah
    s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya
    seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu
    antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang
    yang berinfak...'"

    10. Orang yang sedang makan sahur.
    Rasulullah
    s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
    berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

    11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
    Rasulullah
    s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk
    saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang
    akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu
    malam hingga Subuh."

    Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
    Smile

      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 3:51 am