FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir Empty

    PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir

    cikgu
    cikgu


    Posts : 13
    Points : 16249
    Join date : 11/06/2009
    Age : 47
    Location : Kuala Pilah

    PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir Empty PPSMI: Penilaian masuki peringkat akhir

    Post by cikgu Fri Jun 26, 2009 9:38 pm

    Status quo dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dimuktamadkan dalam beberapa minggu lagi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran yang diketuainya kini di peringkat akhir membuat penilaian terhadap kedudukan dasar itu sebelum taklimat mengenainya dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
    Tegas beliau, penilaian mengenai PPSMI akan mengambil kira pelan yang komprehensif, pandangan semua pihak serta sistem pendidikan negara. ''Pihak saya masih terbuka untuk menerima pandangan mengenai kedudukan PPSMI. ''Tetapi yang paling penting, kita mahu keputusannya nanti memenuhi objektif Dasar Pelajaran Kebangsaan, semua keperluan infrastruktur dipenuhi, pelajar pula tidak menjadi mangsa dan akhirnya ibu bapa gembira," katanya.
    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil tujuh pertubuhan Cina di pejabatnya di sini hari ini. Pertubuhan-pertubuhan Cina berkenaan ialah Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) dan Malaysian Seven Major Clans Association. Lima pertubuhan Cina lain adalah Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia, Nanyang University Alumni Association of Malaya, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong).
    Muhyiddin baru-baru ini mengarahkan kajian mengenai dasar PPSMI dilanjutkan kerana tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dibuat. Ia kerana terdapat perbezaan ketara di antara hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik pertubuhan bebas berbanding hasil yang dikumpulkan dalam sesi meja bulat oleh Kementerian Pelajaran yang sebelum itu diketuai Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. -UM

      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 3:40 am