FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas Empty

    Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas

    cikgu
    cikgu


    Posts : 13
    Points : 16222
    Join date : 11/06/2009
    Age : 47
    Location : Kuala Pilah

    Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas Empty Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas

    Post by cikgu Fri Jun 26, 2009 10:07 pm

    SHAH ALAM, 24 Jun- Gerakan Pemansuhan PPSMI (GMP) menyambut baik janji Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengumumkan keputusan muktamad isu perlaksanaan polisi PPSMI pada awal Julai depan.

    Setiausaha PPSMI (GMP), Hasni Abas mahu pemansuhan PPSMI dilakukan segera setelah mengambil kira pendapat dan nasihat seluruh rakyat Malaysia.

    “ Kerajaan melaungkan slogan 1Malaysia sebagai teras kepada perpaduan dan kemajuan negara. Oleh yang demikian slogan tersebut mesti didokong dan dibuktikan melalui keputusan tersebut’’, katanya kepada TVAntara petang tadi.

    Tambah Hasni, pihak GMP sedia bersemuka dengan kerajaan bagi membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil sebagai usaha memantapkan modul pembelajaran dan pengajaran dalam Bahasa Melayu pada masa hadapan.

    Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata beliau yakin kerajaan akan mengumumkan keputusan PPSMI pada tempoh masa yang mereka janjikan.

    Namun begitu, beliau tidak dapat meneka akan keputusan yang bakal diambil kerana kerajaan tidak memberi sebarang gambaran awal keputusan mereka.

    “ Kerajaan perlu bertegas dengan tuntutan pemansuhan ini supaya segala persiapan untuk kembali kepada kaedah pembelajaran dalam Bahasa Melayu dilaksanakan secepat mungkin” kata Suhaizan.

    Menurutnya, beliau khuatir sekiranya kerajaan lewat memberi jawapan bakal memberi kesan negatif kepada para pelajar.

    “ Desakan orang ramai agar PPSMI dimansuhkan kerana tidak mahu melihat lebih banyak keciciran dan jurang antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar”

    “ Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang mudah difahami majoriti rakyat Malaysia maka sudah tentulah ia memberi kelebihan kepada penguasaan pelajar dalam Matematik dan Sains” tambah beliau lagi.

    Suhaizan menambah, bantahan lebih hebat akan meledak di seluruh negara jika PPSMI tetap diteruskan dan kemungkinan besar satu perhimpunan membantah PPSMI seperti pada 7 Mac lalu akan berulang.

    Dalam pada itu, Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhamad Faisal Abdul Aziz gembira dengan penjelasan Muhyiddin yang dilihat sebagai langkah proaktif lebih baik daripada menteri pelajaran sebelumnya.

    Faisal juga mahukan keputusan perlaksanaan PPSMI nanti tidak dipengaruhi mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

    “ Keputusan kerajaan nanti mesti mengutamakan kehendak rakyat dan bukannya dilakukan mengikut telunjuk pihak-pihak berkepentingan yang menunggu peluang mengaut keuntungan semata-mata” ujarnya lagi.

    Menurut Faisal, dasar penggunaan Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah yang dipelopori mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah melahirkan ramai tokoh terbilang dan tiada sebabnya ia dipinggirkan.

    Sumber: http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=1508

      Current date/time is Tue Mar 19, 2024 1:14 pm