FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud Empty

    Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud

    avatar
    curve


    Posts : 28
    Points : 16254
    Join date : 16/06/2009
    Age : 33
    Location : putrajaya

    Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud Empty Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud

    Post by curve Thu Nov 26, 2009 11:55 pm

    MUNGKIN ramai di kalangan umat islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
    Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud Sujud2
    Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan
    Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai
    kelebihan yang selalunya tidak terjangkau dek akal manusia.
    Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal
    seperti ketika solat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada
    perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
    Ulama lain mengatakan sujud boleh melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
    Bernafas ketika sujud pula boleh memberikan kesan baik seperti berikut ;


    1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
    2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
    3. Melegakan sakit hernia. (burut)
    4. Mengurangkan sakit ketika senggugut ketika haid.
    5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
    6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
    7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian tubuh.
    8. Meringankan bahagian pelvis.
    9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
    10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika anda sujud dan bangun daripada sujud.
    11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
    12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih
      baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada
      sakit buah dada.
    13. Mengurangkan kegemukan.
    14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ
      peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit
      gelombang perut (convulsions).
    15. Organ penting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
    16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman
      darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur
      darah dan sebagainya.
    17. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri
      di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak,
      takbur dan sebagainya.
    18. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan
      kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan
      migran, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus
      menguatkan mentaliti seseorang.
    19. Menurut kajian pula, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak
      manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia
      memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

    “Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada
    waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk
    berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit
    daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan
    bacalah al-Quran dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami
    akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi
    perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih
    kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya”
    . (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)
    Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud Solat-di-mana-jua
    Oleh demikian, menghidupkan malam hari dengan bertahajud dan
    bermunajat kepada Allah akan mendapat kasih sayang dari Allah dan kasih
    sayang Allah itu terpancar dari-Nya melalui sikap serta tindakannya.
    Segala sikap dan tindakannya sentiasa di dalam pemeliharaan Allah,
    yang seterusnya orang lain pula apabila melihatnya akan timbul perasan
    kasih dan hormat akibat pancaran kasih sayang Allah kepadanya.
    Jadi, tanyalah pada
    diri sendiri, berapa kali kah kita sudah sujud setiap hari? Cukupkah
    sekadar itu sujud kita padaNya? Adakah sujud kita itu, dilakukan
    dengan penuh rasa kehambaan kepadaNya?

    Apa kita tunggu lagi?
    Sujudlah padaNya sebanyak-banyak nya sebelum Allah memanggil kita,
    memperhitungkan amalan yang kita lakukan.

      Similar topics

      -

      Current date/time is Tue Mar 19, 2024 2:35 pm