FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW Empty

    Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW

    avatar
    curve


    Posts : 28
    Points : 16371
    Join date : 16/06/2009
    Age : 33
    Location : putrajaya

    Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW Empty Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW

    Post by curve Thu Nov 26, 2009 11:57 pm

    Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti
    sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta
    kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

    Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika
    kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada
    keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?

    1. Pahala yang berlipat ganda
    2. Keberkatan.

    Baik, kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.


    1. 1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal
      tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan
      dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
      Faham?Hmmm..susah saya nak terangkan melalui tulisan ini. Apa2pun, cuba
      tengok gambar ni.Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW IMGP2878
      Duduk makan cara sunnah...

      Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat
      memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi
      ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk
      makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.
      Ada orang tanya saya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja?
      Macammana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak
      bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas
      lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.
      Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara
      sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab,
      TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA
      dan KEBERKATAN nya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.
    2. Makan menggunakan tangan. Bukan guna
      sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada
      kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang
      10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim
      ini berguna untuk mencerna makanan.
    3. Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata,
      macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi.
      Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma
      saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’.
      Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun
      diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa.
      So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
      Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3
      jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam
      biasa.
    4. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
    5. Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
    6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doaBismillahiwa’ala barokatillah
    7. Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari
      kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada
      perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi
      akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan
      proses pencernaan.
    8. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
      Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah
      kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling
      faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini
      juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.
    9. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
      Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah
      kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau
      restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak
      pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada
      orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu

    Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah
    Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan
    hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
    Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut
    adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab
    nak penuhi nafsu makan kita.
    Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat

    1. PAHALA
    2. KEBERKATAN.

    Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW?
    Buatlah pilihan yang bijak… hehe Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW Icon_smile

      Current date/time is Sat Apr 27, 2024 8:42 pm