FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan Empty

2 posters

    MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 26
    Points : 16262
    Join date : 09/06/2009

    MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan Empty MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan

    Post by Admin Wed Jun 17, 2009 8:03 pm


    Jun 17, 09 4:13pm
    Mulai tahun depan, calon-calon bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan boleh mengambil 10 mata pelajaran sahaja.

    Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada calon SPM aliran Sains Agama untuk mengambil 11 mata pelajaran maksimum dalam peperiksaan tersebut untuk tahun depan sahaja.

    Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian pelajaran bersetuju dengan rayuan pihak pentadbir Sekolah Menengah Agama supaya pelajar diizinkan mengambil 11 mata pelajaran.

    Katanya, ia merupakan pengecualian terhadap pelajar yang perlu mengambil aliran Sains dan Agama sekaligus, lapor Bernama.

    Muhyiddin berkata pengecualian itu hanya untuk peperiksaan pada 2010 dan akan kembali kepada 10 mata pelajaran maksimum bagi calon aliran Sains Agama pada tahun 2011.

    "Ini kerana mereka tidak boleh tukar (mata pelajaran) dengan segera, tetapi mulai 2011 semua calon akan ambil 10 mata pelajaran sahaja, maknanya kita beri tempoh kepada sekolah agama untuk membuat pengubahsuaian dan calon memilih mata pelajaran yang benar-benar dikuasai mereka," katanya.

    Beliau yang juga timbalan perdana menteri memberita pemberita demikian sebelum mengadakan perbincangan dengan delegasi persidangan menteri pelajaran Komanwel di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibunegara hari ini.

    Pembinaan modal insan

    Muhyiddin berkata, selain empat mata pelajaran teras yang diambil oleh calon aliran berkenaan, tujuh mata pelajaran elektif yang diambil ialah Al-Quran, Sunnah, Bahasa Arab Tinggi, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

    Muhyiddin berkata keputusan itu diharapkan dapat menyumbangkan kepada pembinaan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kekuatan "pendidikan pengetahuan" tetapi juga "pendidikan insaniah".

    Beliau berkata di samping itu, ia akan menolak sesetengah persepsi yang mengatakan Malaysia mengamalkan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.

    "Jika ambil sejumlah (mata pelajaran) yang banyak itu, sudah pastinya ia menjurus kepada keputusan yang baik dan ia menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan, maka kita akan bangunkan potensi murid dalam jurusan yang dipilih secara lebih intensif dan komprehensif," katanya.

    Beliau berkata dengan itu guru dan pelajar juga akan mempunyai lebih masa untuk menjalankan aktiviti kokurikulum yang pastinya mampu membangunkan potensi akal, jasmani dan emosi pelajar secara seimbang dan selari dengan falsafah pendidikan negara.

    Kementerian baru-baru ini cadangan mengehadkan sejumlah 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

    Bagaimanapun, 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara baru-baru ini membantah dan mahukan had mata pelajaran yang boleh diambil calon SPM ditingkatkan kepada 12 subjek.

    Subjek bahasa Inggeris

    Sementara itu, mengenai cadangan kementerian untuk mewajibkan calon lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan SPM, Muhyiddin berkata hampir 80 peratus daripada keseluruhan maklum balas bersetuju dengan cadangan itu.

    "Kita belum ada keputusan, masih mengumpul maklum balas, walaupun hampir 80 peratus setuju dengan pandangan yang saya suarakan, saya minta supaya ada respons dan kita akan buat kajian terperinci," katanya.

    Beliau berkata kebanyakan responden yang bersetuju dengan cadangan itu turut menetapkan beberapa syarat, antaranya kementerian perlu memastikan tenaga pengajar mencukupi, guru Bahasa Inggeris cukup terlatih dan perlu mengambil kira pelajar di luar bandar.

    "Menerusi lamanweb kementerian juga kita terima lebih 3,000 pandangan dan mengatakan bahawa idea ini bagus," katanya sambil menolak bahawa kerajaan mengenepikan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menerusi cadangan itu.

    Beliau berkata keputusan mengenai cadangan itu mungkin akan dibuat dalam tahun ini juga.
    avatar
    Syahratul-nisa'


    Posts : 1
    Points : 15478
    Join date : 03/02/2010

    MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan Empty Re: MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan

    Post by Syahratul-nisa' Wed Feb 03, 2010 7:53 am

    mmg xfhm ngn konsep pendidikan malaysia skang MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan Icon_pale

      Current date/time is Tue Mar 19, 2024 11:29 am