FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w Empty

    10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w

    avatar
    curve


    Posts : 28
    Points : 16254
    Join date : 16/06/2009
    Age : 33
    Location : putrajaya

    10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w Empty 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w

    Post by curve Sat Dec 12, 2009 2:42 am

    1. Surah Al-Fatihah
    Amalkan
    membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca
    Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah
    akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan
    juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata,
    perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah
    kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan
    mengerjakan solat 5 waktu.

    2. Surah Yaasin
    Telah
    bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada
    hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an.
    Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala
    menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat
    At-Tarmizi dari Anas r.a.)

    Rasulullah s.a.w. juga bersabda :
    Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan
    "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan
    dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia
    mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan
    dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika
    dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah,
    nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik,
    Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan
    terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

    3. Surah At-Dhuhan
    Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

    4. Surah Al-Waqi'ah
    Menurut
    beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah
    Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai
    kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan
    beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14
    kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan
    rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu
    bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah
    Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam
    hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga
    kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami
    telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta
    Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang
    tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

    5. Surah Al-Khauthar
    Sesiapa
    yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah
    s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.
    Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia
    tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam
    tidurnya.

    6. Surah Al-Khaafiruun
    Sesiapa
    yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca
    seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari
    godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat
    At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman
    serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

    7. Surah Al-Mulk
    Sebuah
    lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan
    faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
    Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
    membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
    dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah,
    akan terselamat dari azab kubur.

    8. Surah Al-Ikhlas
    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya:

    "Wahai
    Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti
    Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an
    sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah
    tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab,
    "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah
    khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

    Dari Rasulullah
    s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi
    musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca
    surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia
    kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah
    Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya
    dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan
    kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut,
    dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

    9. Surah Al-Falaq
    Siti
    Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam
    apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq
    dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian
    disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit
    kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq
    dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari
    berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan
    manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan
    manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

    10. Surah An-Nas
    Surah An-Nas adalah surah
    yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata
    An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud
    manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah
    ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah
    dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun
    jin.


    Surah An-Nas ini juga adalah surah penerang hati.

      Current date/time is Tue Mar 19, 2024 11:50 am