FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali Empty

    6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali

    avatar
    curve


    Posts : 28
    Points : 16386
    Join date : 16/06/2009
    Age : 33
    Location : putrajaya

    6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali Empty 6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali

    Post by curve Tue Jun 16, 2009 12:26 pm

    SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
    dilaknat oleh Allah.

    Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
    mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

    Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan
    keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
    mereka.

    Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
    orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
    sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
    di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

    Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
    Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
    yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
    yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
    beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

    Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
    mengumpat;

    1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
    mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
    dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

    2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
    dan kehormatan seseorang;

    3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
    dan rendah;

    4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
    dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

    5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
    kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

    6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
    kerana memandang rendah orang lain.

    Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
    menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

    Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
    berdosa besar;

    #Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
    #Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
    mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

      Current date/time is Thu May 02, 2024 8:05 am