FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
CINTA SEJATI EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
CINTA SEJATI EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
CINTA SEJATI EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
CINTA SEJATI EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
CINTA SEJATI EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
CINTA SEJATI EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
CINTA SEJATI EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
CINTA SEJATI EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
CINTA SEJATI EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


CINTA SEJATI Empty

    CINTA SEJATI

    avatar
    curve


    Posts : 28
    Points : 16368
    Join date : 16/06/2009
    Age : 33
    Location : putrajaya

    CINTA SEJATI Empty CINTA SEJATI

    Post by curve Tue Jun 16, 2009 12:33 pm

    Seorang hamba sahaya bernama Tsauban
    amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi,
    dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap
    masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan
    seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda
    mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
    Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah
    saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat
    sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat
    bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan
    akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu.
    Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu
    kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan
    ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu
    lagi."


    Mendengar kata Tsauban, baginda amat
    terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah.
    Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud
    "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti
    akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada,
    orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan
    Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.




    MORAL & IKTIBAR



    • Cinta kepada Rasulullah adalah cinta
      sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen


    • Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah

    • Kita bersama siapa yang kita sayangi.
      Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti


    • Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang
      akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu


    • Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah
      kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak


    • Rasulullah amat mengetahui mana-mana
      umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.


    • Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa
      di antara umatnya yang mengasihi baginda

      Sebaik-baik sahabat ialah mereka
      yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.


      Current date/time is Sat Apr 27, 2024 2:59 am